Sunday, March 18, 2012

Family Room Perlu Atau Tidak?

Assalamualaikum wbt buat semua. Selamat berhujung minggu. Amboi2 Puan Fizah dah tak ingat nak update blog ke? Oh tidak tidak. Cuman masa ndak mengijinkan. :P

Hari ni nak stori mori pasal organizing. Jeles kita tengok blog kawan kita yang gigih walaupun tengah sarat tu update cerita organizing. Makcik pun nak menyibuks jugaklah.

Kali ni nak cerita pasal family room. Korang semua masa beli rumah (atau yang bakal dan akan beli rumah) pernah terfikir tak nak ada satu family area? Khas untuk kita sekeluarga kecil sahaja meluangkan kualiti masa bersama.

Saya pernah menyewa dua buah rumah, satu di Bangi dan satu di Kluang. Perkara dan rutin harian kehidupan membuatkan saya memberi kesimpulan bahawa Family Room adalah perlu buat rumah kami.

Apakah takrifan Family Room itu? Hamek, siap ada takrifan segala. :P

Secara asasnya, FR ni sebuah tempat khusus kami sekeluarga untuk tergolek terlentang dan bersepah segala bagai. Yelah, budak-budak kalau dah mula memunggah mainan almaklum ajelah bagaimana ghopernyer...Jadi, FR ni akan ada tempat yang sesuai untuk ibu, untuk ayah dan juga untuk anak-anak.

Ibu biasalah, kena ada tempat nak internet surfing, semua benda nak di'google'nya. Ayah pulak lebih kepada televisyen. Dan kids, of course their play area.

Memandangkan kami masih menyewa dan belum duduk betul-betul kat rumah, jadi saya kemas secara kasar je supaya semuanya 'under control'. Idakler nampak cam gambar kat bawah ni lagi. Ngehehe.

BEFORE


Sesudah berkemas segala jadilah ia seperti di bawah pula.

AFTER


Fuh! 3 hari pulun tempat ni tau.

Mana taknya, segala bagai yang masa study dulu tak di'5S'kan. Biasanya S yang Sisih paling susah nak buat. Semua benda sayang nak buang. Akhirnya menjadi 'sampah'.

Bilik ni masih belum berfungsi sebagai FR, jadi nantikan entri kemudian-kemudian mana tahu ada sambutan mereka yang nak tahu camne rupa bilik ni kalau dah berjaya berfungsi sebagai FR nanti...Hehe.

Semua bahagian dalam kawasan ni masih perlukan dekorasi. Masih nampak tidak menawan kalbu! Ada apa-apa idea tak? Sharing is caring. :)

Tuesday, March 6, 2012

Mahu Menulis Juga

Walaupun rasa macam tak sempat, tapi saya gagahkan diri menaip blog ini. Lepas ni nak masuk tidur sebab menaip ni pun dengan mata yang seperti digam-gam.

Saya baca blog kawan-kawan semua, tapi tak setiap hari. Kadang saya taktahu apa perkembangan kalian. Kadang saya baca, dalam hati memberontak nak komen panjang-panjang, banyak-banyak tapi macam tak berkesempatan nak klik comments tu, tambah pulak kalau kena taip word verification sekali tu.

Sekarang, rutin harian saya sedikit meletihkan. Demi mengekalkan rumah yang kekal kemas, saya pastikan sebelum pergi kerja, rumah beres. Sampah siap dibuang. Sarapan tersedia di meja. Balik je dari lab, rutin saya bermula. Saya mula kemas rumah, lipat baju, basuh baju, sidai baju, kemas dapur, siapkan anak-anak. Saya melakukan ini semua setiap hari. Selesai semua biasanya dah waktu Maghrib. Lepas solat semua, barulah saya tengok laptop. Setakat ni, memang saya biasakan diri tak buka blog/fb di lab sebab saya perlu fokus untuk kerja. Jadi, memang kat rumah je saya ber'foya-foya'.

Yang menjadi masalahnya, waktu itu jugalah yang saya ada untuk meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Siang dahlah saya takde dengan mereka. Malamlah diorang nak bermanja dengan saya. Rasa bersalah pulak bila berlama-lama depan laptop dan membiarkan anak-anak main sendirian. Jadi, selalunya saya boleh baca dan update blog bila suami saya ada kat rumah juga. Kalau tak, biasanya saya akan layan anak-anak.

Tadi Alhamdulillah saya dah cek status Zamalah saya. Ibu sukses! Walaupun tadi orang PPS tu kata hari ni dia nak bagi offer letter tu, tapi bila saya datang dia tak siapkan lagi, saya biar je. Malas nak marah-marah. Dah tengah good mood kan. Ngehngeh.

Saya kan, masa pergi Acheh dulu, pensyarah saya ada kata, kita ni biasanya akan dapat rezeki sebagaimana yang kita spend rezeki tu. Contohnya kalau kita dapat duit banyak, kemudian kita rajin memberi, beri pada kawan-kawan, beri pada keluarga, mak, ayah, kakak, adik, anak kakak, anak adik...dan semunyalah, maka kita akan dapat sebanyak itu. Tapi kalau kita ni kedekut, hutang pun liat nak bayar, nak memberi jauh sekali, maka yang kita dapat pun akan sebanyak itu jugalah.

Begitulah yang dinasihatkan kepada saya sebab saya masa pergi tu, elaun kerja saya tertangguh dua bulan. Saya pergi dengan duit yang sekadar saja. Mungkin sebab itu (hati yang gundah gulana duit takde), Allah bukakan hati pensyarah saya untuk memberi mutiara kata yang berharga tu kepada saya. Kini saya kongsikan dengan anda semua, pembaca hebat! ^^

Friday, March 2, 2012

PPS Buat Kelakar Lagi

Boleh pula alamat kat surat tawaran tu salah. Nombor rumah beta 63 ditulis 36. Rasa berasap juga bila dah tunggu sampai Khamis, surat masih tak sampai-sampai. Kata mereka Isnin dah pos. Harus dah sampai sepatutnya. Kesian kat adik ipar, dua tiga kali kena datang rumah tengok. Sekali bila cek salinan yang dia bagi...apa? 36? Sengaja betul mereka ni kan...mencari punca-punca kemarahan beta.

Ok, sebelum tu bacalah dulu apa email balasan dari pihak mereka lepas saya buat aduan tu:

Yang pertama:

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih di atas emel tersebut dan memohon maaf di atas apa yang terjadi.

Berhubung aduan Puan tempoh hari, pihak PPS akan mengambil maklum dan
seterusnya akan membuat siasatan lanjut terutamanya terhadap isu-isu
yang dibangkitkan oleh pihak puan.

Aduan dari semua pihak amatlah kami hargai supaya PPS dapat
memperbaiki segala kelemahan yang ada demi kepuasan pelanggan
khususnya pelajar siswazah.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat,
Nurul Aini Ismail
Setiausaha kepada Pengarah
Pusat Pengurusan Siswazah
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor MALAYSIA


Yang kedua:

Assalamualaikum wbt.,

Puan Siti Hafizah,

1. Pertama - tamanya saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan setinggi - tinggi TAHNIAH atas kejayaan puan kerana berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang tertinggi. Pastinya puan seorang yang hebat kerana tidak semua yang mampu dan berpeluang melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Doktor Falsafah.

2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kerana puan masih memilih untuk melanjutkan pengajian di UKM setelah segala pengalaman pahit yang puan alami sebelum ini, namun puan masih memilih UKM. Terima kasih sekali lagi.

3.Berhubung surat tawaran puan, sebagimana yang puan maklumkan, kami menerima borang permohonan puan pada 3 Januari 2012. Memandangkan pada tarikh tersebut, permohonan dan proses pemilihan telah dijalankan, kami mengambil maklum bahawa pihak fakulti akan mengambil sedikit masa untuk membuat proses pemilihan seterusnya. Walau bagaimanapun, di sini saya ingin memohon maaf bagi pihak kakitangan yang telah memaklumkan puan bahawa surat tawaran akan dikeluarkan kepada pada akhir bulan Januari kerana perkara tersebut tidak berlaku.

4. Pihak kami menerima telah menerima jawapan daripada pihak Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) yang memaklumkan permohonan puan telah diterima pada 14 Februari 2012 (Selasa) . Dan, pada 13 dan 14 Februari 2012, semua kakitangan terlibat dengan pendaftaran pelajar baharu bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Makanya kami tidak dapat memproses surat tawaran puan pada tarikh tersebut. Walau bagaimanapun, pada 15 Februari, surat tawaran kepada puan telah dikeluarkan dan diposkan.Adalah menjadi amalan PPS, bahawa surat - menyurat pelajar akan diposkan ke alamat semasa yang telah diberikan oleh semua pelajar. Jadi, mengikut rekod kami, alamat semasa yang puan berikan adalah beralamat di Melaka. Sekiranya puan menetap dan mempunyai alamat di Bangi, dan memberikan alamat tersebut kepada kami, maka kami tidak akan mengeposkan surat tersebut kepada alamat puan di Melaka. Dan puan tidak perlu berulang pulang ke kampung semata - mata untuk mendapatkan surat tawaran puan. Juga, sekiranya, daripada awal puan memaklumkan kepada kami yang surat tawaran tersebut akan diambil sendiri di PPS, maka kami tidak akan mengeposkan surat tersebut.

5. Berhubung layanan dan sikap yang tidak disenangi yang diterima oleh pihak puan, saya di sini mengambil kesempatan sekali lagi untuk MEMOHON MAAF atas segala layanan yang tidak disenangi oleh pihak puan. Untuk makluman pihak puan, di PPS kami telah menetapkan jadual bertugas masing - masing di kaunter pada setiap hari. Dan pada minggu - minggu pendaftaran di mana semester baru bermula, kaunter pendaftaran memang sentiasa dikunjungi oleh ramai pelajar yang kadangkala tidak dapat dikawal oleh seorang petugas.

Pihak kami mengucapkan terima kasih atas aduan yang dikemukakan oleh pihak puan dan akan mengambil langkah - langkah yang sepatutnya supaya perkara ini tidak berulang lagi.

Terima kasih.
Jamilah Mohamed.



***


Ok, email pertama adalah lebih menenangkan jiwa bila baca. Email yang kedua agak nak marah juga sebab masih nak pusing sana sini seolah-olah mereka betul.

Alkisahnya pula, hari tu saya ada apply Zamalah. Dan entahlah apa khabar status Zamalah saya tu. Ada kemungkinan tak dapat tapi saya secara jujurnya tak kisah. Kerana bagi saya, orang yang matang seharusnya boleh ditegur. Kalau kerana aduan saya, permohonan saya ditolak tanpa sebab-sebab lain, maka betullah Malaysia ni nama je demokrasi. Tapi hakikatnya, jauh panggang dari api.

Ok, berbalik kepada kisah surat tawaran tu. Hari saya semak alamat tu, hari Khamis. Jadi, Jumaat tu saya pergi ke PPS.

Saya pun, mulalah menyiapkan skrip serangan. Hehe. Suami saya suruh saya sabar, saya cakap bukan saya nak mengamuk kat situ, cuma kali ni saya nak tegur direct. Pakai email takde kesan kan. Kali ni, saya nak jumpa Pegawai yang uruskan surat tawaran tu, cakap direct to his face. Hehe.

Tibalah hari kejadian.

Saya pun melangkah turun dari kereta, hati dup dap dup dap, pelbagai doa dibaca (yalah nak menyerang kan ;)), naik lif 1..2..3..sampai. Masuk je saya terus ke kaunter. Saya terus duduk depan Pegawai yang ada.

Saya: Assalamualaikum. Saya nak semak alamat surat tawaran saya.
Pegawai A: No IC Puan?
Saya: bla bla bla.

Dia pun masukkan no ic saya dan pusingkan monitor kepada saya.

Saya: Hah, tu alamat saya 63, bukan 36.
Pegawai A: Oh yeke? Puan isi application dulu online ke manual?
Saya: Saya isi dua-dua.
Pegawai A: Oh yeke? Sepatutnya kalau isi online dia drag terus alamat tu.

Dia pun panggil Pegawai lain, iaitu Pegawai B.

Pegawai B ni yang marah saya sebelum ni, dia suruh saya tunggu surat yang dah sampai rumah dan guna borang yang ada sekali dengan surat tu untuk pendaftaran. Means dia taknak bagi saya form lain.

Pegawai A: Ni alamat salah...
Pegawai B: Oh yeke..kejap-kejap ya Puan (sambil memandang kepada saya dan tersengih-sengih).

Dia pun ke belakang, dan entah berapa lama kemudiannya datang semula ke depan dan beri semua borang yang saya perlukan untuk mendaftar dengan surat tawaran yang baru yang telah dibetulkan alamatnya.

Ceh, boleh pun bagi borang tu kan.

Disebabkan saya nampak perUBAHan di PPS, taktahula sebab saya datang pagi, masing-masing angin tengah elok, layan saya baik ke atau masing-masing dah kena basuh dengan pegawai atasan, takjadilah niat saya nak menyerang tadi. Berkat hari Jumaat. Semuanya berjalan lancar. Dah orang layan saya elok, senyum, cakap dengan intonasi yang baik, takkan saya nak mengada-ngada pulak kan. Pegawai A dan B tu dua-dua senyum dan cakap punya lembut baik. Serius, rasa macam oh, inilah yang saya impi-impikan selama ini. Rasa macam nak ketawa kat situ tapi saya kawal. Hehe.

Setakat ni, PPS masih baik dan nampak jauh lebih baik daripada dulu. Saya doakan mereka ikhlas menjalankan tanggungjawab.

Dan yang seronoknya, lepas dah selesai daftar semua saya dapat baucar buku. Punyalah seronok sebabnya kebetulan ada Pesta Buku kat Presint 3 Putrajaya. Walaupun sesat barat nak sampai ke tempat kejadian tetapi hati tetap mengukir senyum sebab dapat memborong buku secara tak payah keluar duit sendiri. Ngeehehe...





Berbaloi-baloi borong di Pesta Buku ni sebab ada diskaun. Sehinggakan selepas saya dah nak gi bayar guna baucar tu, budak kaunter tu cakap: kak, boleh tambah buku lagi ni...:)