Boleh pula alamat kat surat tawaran tu salah. Nombor rumah beta 63 ditulis 36. Rasa berasap juga bila dah tunggu sampai Khamis, surat masih tak sampai-sampai. Kata mereka Isnin dah pos. Harus dah sampai sepatutnya. Kesian kat adik ipar, dua tiga kali kena datang rumah tengok. Sekali bila cek salinan yang dia bagi...apa? 36? Sengaja betul mereka ni kan...mencari punca-punca kemarahan beta.
Ok, sebelum tu bacalah dulu apa email balasan dari pihak mereka lepas saya buat aduan tu:
Yang pertama:
Assalamualaikum wbt.
Terima kasih di atas emel tersebut dan memohon maaf di atas apa yang terjadi.
Berhubung aduan Puan tempoh hari, pihak PPS akan mengambil maklum dan
seterusnya akan membuat siasatan lanjut terutamanya terhadap isu-isu
yang dibangkitkan oleh pihak puan.
Aduan dari semua pihak amatlah kami hargai supaya PPS dapat
memperbaiki segala kelemahan yang ada demi kepuasan pelanggan
khususnya pelajar siswazah.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
Nurul Aini Ismail
Setiausaha kepada Pengarah
Pusat Pengurusan Siswazah
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor MALAYSIA
Yang kedua:
Assalamualaikum wbt.,
Puan Siti Hafizah,
1. Pertama - tamanya saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan setinggi - tinggi TAHNIAH atas kejayaan puan kerana berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang tertinggi. Pastinya puan seorang yang hebat kerana tidak semua yang mampu dan berpeluang melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Doktor Falsafah.
2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kerana puan masih memilih untuk melanjutkan pengajian di UKM setelah segala pengalaman pahit yang puan alami sebelum ini, namun puan masih memilih UKM. Terima kasih sekali lagi.
3.Berhubung surat tawaran puan, sebagimana yang puan maklumkan, kami menerima borang permohonan puan pada 3 Januari 2012. Memandangkan pada tarikh tersebut, permohonan dan proses pemilihan telah dijalankan, kami mengambil maklum bahawa pihak fakulti akan mengambil sedikit masa untuk membuat proses pemilihan seterusnya. Walau bagaimanapun, di sini saya ingin memohon maaf bagi pihak kakitangan yang telah memaklumkan puan bahawa surat tawaran akan dikeluarkan kepada pada akhir bulan Januari kerana perkara tersebut tidak berlaku.
4. Pihak kami menerima telah menerima jawapan daripada pihak Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) yang memaklumkan permohonan puan telah diterima pada 14 Februari 2012 (Selasa) . Dan, pada 13 dan 14 Februari 2012, semua kakitangan terlibat dengan pendaftaran pelajar baharu bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Makanya kami tidak dapat memproses surat tawaran puan pada tarikh tersebut. Walau bagaimanapun, pada 15 Februari, surat tawaran kepada puan telah dikeluarkan dan diposkan.Adalah menjadi amalan PPS, bahawa surat - menyurat pelajar akan diposkan ke alamat semasa yang telah diberikan oleh semua pelajar. Jadi, mengikut rekod kami, alamat semasa yang puan berikan adalah beralamat di Melaka. Sekiranya puan menetap dan mempunyai alamat di Bangi, dan memberikan alamat tersebut kepada kami, maka kami tidak akan mengeposkan surat tersebut kepada alamat puan di Melaka. Dan puan tidak perlu berulang pulang ke kampung semata - mata untuk mendapatkan surat tawaran puan. Juga, sekiranya, daripada awal puan memaklumkan kepada kami yang surat tawaran tersebut akan diambil sendiri di PPS, maka kami tidak akan mengeposkan surat tersebut.
5. Berhubung layanan dan sikap yang tidak disenangi yang diterima oleh pihak puan, saya di sini mengambil kesempatan sekali lagi untuk MEMOHON MAAF atas segala layanan yang tidak disenangi oleh pihak puan. Untuk makluman pihak puan, di PPS kami telah menetapkan jadual bertugas masing - masing di kaunter pada setiap hari. Dan pada minggu - minggu pendaftaran di mana semester baru bermula, kaunter pendaftaran memang sentiasa dikunjungi oleh ramai pelajar yang kadangkala tidak dapat dikawal oleh seorang petugas.
Pihak kami mengucapkan terima kasih atas aduan yang dikemukakan oleh pihak puan dan akan mengambil langkah - langkah yang sepatutnya supaya perkara ini tidak berulang lagi.
Terima kasih.
Jamilah Mohamed.
***
Ok, email pertama adalah lebih menenangkan jiwa bila baca. Email yang kedua agak nak marah juga sebab masih nak pusing sana sini seolah-olah mereka betul.
Alkisahnya pula, hari tu saya ada apply Zamalah. Dan entahlah apa khabar status Zamalah saya tu. Ada kemungkinan tak dapat tapi saya secara jujurnya tak kisah. Kerana bagi saya, orang yang matang seharusnya boleh ditegur. Kalau kerana aduan saya, permohonan saya ditolak tanpa sebab-sebab lain, maka betullah Malaysia ni nama je demokrasi. Tapi hakikatnya, jauh panggang dari api.
Ok, berbalik kepada kisah surat tawaran tu. Hari saya semak alamat tu, hari Khamis. Jadi, Jumaat tu saya pergi ke PPS.
Saya pun, mulalah menyiapkan skrip serangan. Hehe. Suami saya suruh saya sabar, saya cakap bukan saya nak mengamuk kat situ, cuma kali ni saya nak tegur direct. Pakai email takde kesan kan. Kali ni, saya nak jumpa Pegawai yang uruskan surat tawaran tu, cakap direct to his face. Hehe.
Tibalah hari kejadian.
Saya pun melangkah turun dari kereta, hati dup dap dup dap, pelbagai doa dibaca (yalah nak menyerang kan ;)), naik lif 1..2..3..sampai. Masuk je saya terus ke kaunter. Saya terus duduk depan Pegawai yang ada.
Saya: Assalamualaikum. Saya nak semak alamat surat tawaran saya.
Pegawai A: No IC Puan?
Saya: bla bla bla.
Dia pun masukkan no ic saya dan pusingkan monitor kepada saya.
Saya: Hah, tu alamat saya 63, bukan 36.
Pegawai A: Oh yeke? Puan isi application dulu online ke manual?
Saya: Saya isi dua-dua.
Pegawai A: Oh yeke? Sepatutnya kalau isi online dia drag terus alamat tu.
Dia pun panggil Pegawai lain, iaitu Pegawai B.
Pegawai B ni yang marah saya sebelum ni, dia suruh saya tunggu surat yang dah sampai rumah dan guna borang yang ada sekali dengan surat tu untuk pendaftaran. Means dia taknak bagi saya form lain.
Pegawai A: Ni alamat salah...
Pegawai B: Oh yeke..kejap-kejap ya Puan (sambil memandang kepada saya dan tersengih-sengih).
Dia pun ke belakang, dan entah berapa lama kemudiannya datang semula ke depan dan beri semua borang yang saya perlukan untuk mendaftar dengan surat tawaran yang baru yang telah dibetulkan alamatnya.
Ceh, boleh pun bagi borang tu kan.
Disebabkan saya nampak perUBAHan di PPS, taktahula sebab saya datang pagi, masing-masing angin tengah elok, layan saya baik ke atau masing-masing dah kena basuh dengan pegawai atasan, takjadilah niat saya nak menyerang tadi. Berkat hari Jumaat. Semuanya berjalan lancar. Dah orang layan saya elok, senyum, cakap dengan intonasi yang baik, takkan saya nak mengada-ngada pulak kan. Pegawai A dan B tu dua-dua senyum dan cakap punya lembut baik. Serius, rasa macam oh, inilah yang saya impi-impikan selama ini. Rasa macam nak ketawa kat situ tapi saya kawal. Hehe.
Setakat ni, PPS masih baik dan nampak jauh lebih baik daripada dulu. Saya doakan mereka ikhlas menjalankan tanggungjawab.
Dan yang seronoknya, lepas dah selesai daftar semua saya dapat baucar buku. Punyalah seronok sebabnya kebetulan ada Pesta Buku kat Presint 3 Putrajaya. Walaupun sesat barat nak sampai ke tempat kejadian tetapi hati tetap mengukir senyum sebab dapat memborong buku secara tak payah keluar duit sendiri. Ngeehehe...
Berbaloi-baloi borong di Pesta Buku ni sebab ada diskaun. Sehinggakan selepas saya dah nak gi bayar guna baucar tu, budak kaunter tu cakap: kak, boleh tambah buku lagi ni...:)
Rosak lirik
14 hours ago




2 comments:
smile :)
ye kam. senyum je kamu ye :)
Post a Comment