Kerana terlalu lama saya cuba bersabar dengan karenah PPS UKM yang seringkali membuatkan darah saya mendidih, sehinggalah pada Selasa lepas, saya hampir kemalangan kerana membawa kereta dalam keadaan menggigil menahan marah yang bersangatan dengan perangai sambil lewa bekerja pihak kaunter PPS UKM, maka saya nekad untuk menghantar emel aduan ke peringkat atasan. Benar-benar kali ini mereka bermain api dengan saya! Saya kongsikan di sini, sebagai panduan supaya jangan ada manusia yang bergelar pelajar di Perbukitan Bangi ini kalau takut untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Isi kandungan emel seperti berikut:
Assalamualaikum wbt,
Mohon maaf jika emel ini mengganggu ketenteraman semua. Ini adalah emel aduan.
Saya ingin membawa ke hadapan perkara berkaitan sikap pekerja di Pusat Pengurusan Siswazah, yang selama lebih tiga tahun menuntut di UKM, cukup membuatkan saya rasa saya perlu membuat aduan ini. Pengalaman pahit yang lalu saya jadikan pengajaran agar diharap kelemahan di pihak PPS tidak berulang lagi dan lagi.
Saya menghadapi masalah mendapat Surat Tawaran PhD, di mana saya akui saya turut bersalah kerana menghantar permohonan lewat berikutan masalah logistik saya, di mana saya hantar pada 3 Januari 2012. Ketika saya menghantar borang tersebut, pihak kaunter memaklumkan hujung bulan ini (maksudnya hujung bulan 1 saya akan terima surat tawaran). Baik, saya pun tunggu dengan penuh sabar sebabnya saya nak apply biasiswa MyBrain segera agar lancar urusan nak bayar yuran segala bagai.
Akhirnya tibalah hujung bulan 1, surat tak sampai2. Kalau saya dimaklumkan bahawa permohonan saya lewat, kena tunggu DUA bulan baru dapat surat tawaran, takpe saya faham. Masalahnya sekarang PPS menghadapi masalah meMAKLUMkan kepada para pelajar tentang segala perkara yang menurut mereka tak penting diberitahu, tetapi AMAT PENTING untuk pelajar tahu agar kami dapat membuat kerja kami dengan lebih efektif.
Dukacitanya, saya menunggu hampir sebulan hanya untuk menerima surat tawaran. Ini belum kes nak pergi bayar dan daftar segala bagai. Saya pasti akan ada masalah2 lain yang timbul. Selama menunggu pada bulan 2 ni, saya dah pergi ke PPS beberapa kali, sudah call banyak kali. Bila saya pergi, sistem hang, itu saya boleh terima. Tapi, bila saya tunggu lama tapi tak ada seorang pun di kaunter yang boleh dirujuk untuk masalah saya, itu yang membuatkan saya bertanya "ini waktu pejabat, bukan waktu rehat...kenapa tidak ada seorangpun di kaunter?"..Malah banyak kali saya datang pukul 3 petang juga masih belum buka pintu. Apakah etika yang digunapakai oleh para pekerja di PPS? Mohon diambil perhatian dan diPERBAIKI.
Tak cukup setakat itu, bila saya call sepanjangnya tak berangkat. Isnin saya cuba begitu. Selasa pun begitu. Bila tiba Rabu saya call, dia cakap "boleh call setengah jam lagi? Pegawai keluar minum". Maasha Allah! pukul 920 pagi keluar minum? Mohon maaf cakap, saya pun bukan perfect untuk membuat teguran tetapi ini bukan kali pertama saya hadapi situasi ni dengan PPS. Dari tahun pertama saya buat Masters sampailah saya dah konvo dan kini nak sambung PhD pun saya SERINGKALI hadapai PELBAGAI masalah yang PPS cetuskan. Saya tulis emel ini dengan nekad sebab tahap kesabaran saya dah sampai hidung.
Ketika saya dah sampai di kaunter hari ini, saya minta surat tawaran dan minta borang2 untuk pendaftaran. Tetapi dengan muka tak ada rasa bersalahnya, pihak kaunter mengatakan mereka dah pos ke rumah dan nanti guna jelah borang yang itu. Buat pengetahuan semua, bukan semua pelajar KAYA. Saya hanya mampu balik sekali sekala ke kampung kerana kos minyak kereta dan tol cukup menggangu keadaan ekonomi keluarga. Jadi, untuk sekali lagi balik ke kampung dan sekadar nak ambil borang tersebut bukanlah di bawah kemampuan saya kerana minggu lepas telah balik. Sekali lagi, jika pihak PPS membuat kerja secara efektif dan memBERITAHU saya bahawa surat dah siap, maka saya tak akan berlengah2 untuk terus pergi ambil di PPS. Masalahnya dan dukacitanya. saya TAK DIBERITAHU. Malah saya juga boleh tunggu untuk balik minggu hadapan dan bukan minggu lepas supaya dapat mengambil surat tersebut, JIKA saya diBERITAHU bahawa surat telah dipos ke rumah.
Saya taknak ungkit banyak lagi hal-hal menyedihkan yang pihak pekerja PPS lakukan sehingga hampir setiap kali pulang sahaja dari PPS saya pasti akan menangis, tertekan dan cukup geram dengan cara berkerja pihak PPS.
Yang saya ingin minta di sini, cuba perbaiki cara PEMBERITAHUAN dan PEMAKLUMAN setiap perkara yang dilakukan PPS dengan lebih efektif. Saya tak kisah perlu menunggu lama untuk sehelai surat tawaran tapi BERITAHU.
Kedua, tolong ubah cara berkerja, kerana hari ini buat pengetahuan semua saya turut bertemu dengan seoarang pelajar ni, dia nak jumpa staf kaunter PPS, tapi tak ada orang. Dia pun assume mereka tengah sibuk. Tapi bila dia tengok ke dalam, rupa-rupanya staf tersebut tengah potong kuku. Saya puzzled di situ..Adakah ini masanya yang sesuai untuk berbuat sedemikian? Potong kuku ketika student tengah RAMAI beratur kat luar ni untuk pelbagai urusan?
Malah hari ini bila saya call untuk tanya status PhD saya, terdengar suara di hujung talian selepas menyuruh saya tunggu sebentar berborak dengan kawannya dan memperlekehkan saya dengan mengatakan "ni ha, ada budak nak tanya dia dapat ke tak mohon hari tu.." dengan nada suara intonasi yang cukup meluatkan saya. Seolah-olah dia nak kata dia banyak lagi kerja lain nak buat daripada melayan keperluan saya. Which end-up dengan menyuruh saya call setengah jam lagi kerana pegawai keluar minum..
Saya mohon pihak berkaitan mengambil serius akan hal ini. Kerana perkara-perkara sebegini cukup mengganggu situasi pelajar yang diharapkan semua maklum kami juga sama SIBUK seperti anda. Masa kami sama PENTING seperti masa anda. Diharap pihak PPS tidak lagi memperlekeh-lekehkan setiap keperluan urusan pelajar, kerana walau sekecil manapun ia pada pandangan PPS, ia adalah BESAR dan PENTING pada pandangan pelajar. Malah, situsai sebegini akan cukup-cukup mengganggu keberkesanan pelajar dalam melakukan kerja-kerja seperti menulis paper, menghadiri conference, masuk lab fabricate, mesaure segala bagai kerja. Tolong diambil perhatian.
Saya mohon maaf jika emel saya ini kurang budi bahasa, saya cuba menulis dengan keadaan yang tenang walaupun badan menggigil menahan marah. Sehinggakan saya hampir accident tadi karana terlalu marah dengan sikap pegawai PPS yang tak berkesudahan menguji kesabaran saya.
Saya juga mohon maaf jika saluran aduan ini salah, kerana saya tengok kat website PPS dan tidak ada sebarang tab untuk aduan, maka saya mengambil inisiatif menghantar kepada emel pihak atasan yang saya rasa mampu melakukan perubahan.
Saya di sini tidak seorang diri, malah kebanyakan pelajar yang berurusan di PPS akan saya jumpa dan berborak, dan mereka akan melahirkan rasa tak puas hati mereka sama seperti yang saya alami. Cuma saya menekadkan diri untuk menghantar emel aduan di mana saya harapkan akan ada pihak yang sudi mengambil perhatian akan masalah pelajar dan bukan hanya retotik pada visi dan misi.
Mohon maaf, terima kasih dan harap emel ini mendapat perhatian untuk PERUBAHAN PPS.
Sekian terima kasih.
Siti Hafizah Yusop.
Rosak lirik
14 hours ago
7 comments:
Sokong!!!! Bagus jot..! Sebenarnya bukan PPS je,tp byk lg..tp ni antara y byk urusan ngan kita laa kan
yesss!!! terbaik! ^___^
mak aih..panjang lebar je. tp aku manage habiskan aduan ko.hahaha...weh sila post ape reply diorang k!!;)
good..aa, mcm kat Take, tak sabo nak tunggu response from atas. :)
gud job Fizah!!
PPS salah satu drpada mereka yg smbil lewa ni..ade lg beberapa tmpat yg memperlekehkan dan tidak buat kerja secara ikhlas dan amanah ni..
memang menyedihkan bekerja dgn org begini..
tahniah.
hang hantar ke sape fizah?? patut CC ke NC sekali.sebab ada pegawai dia cerita, NC kalau terima aduan student, malam tu jugak dia panggil semua orang.pernah ada kes masa NC mula2 buka Facebook dulu.berduyun2 komen.tak tidur malam dia...
lea: amboi ibu berpantang. komen yg pertama skali! hee
mawar: bila nk mai berjuang? jom
take & kam: orait. tgu episod berikutnya. haha
k sarah: tq2. kalu tak tegur, smp bebila lagu tu. tensen makcik
kak ami: sy cc ke pengarah pps dan bbrp lagi staf penting. pengarah kan dr aini kita. hehe. ada juga niat nak cc ke NC tapi sy bagi can diorang berubah dulu. kalu lps ni no action, mmg sajala tu cari pasal
sekian dari makcik yg geram
Post a Comment