Saturday, February 25, 2012

Alya Farhah 1 Tahun ;-)

Pada tarikh 24.02, setahun yang lalu ketika kebanyakan manusia sedang enak beradu, atau pasti sahaja ada yang sedang sujud merendah diri menyembah Ilahi, pada sepertiga malam yang sunyi, lahir ke dunia seorang insan yang cukup memberi erti, buat kehidupan kami.

Bayi hebat itu kami namakan Alya Farhah, membawa makna ketinggian dan kegembiraan. Hadir dia membawa kebahagiaan tak terhingga buat kami. Anak yang hebat ini, pada usia jagung 1 bulan menempuh satu fasa kehidupan yang cukup rumit. Ditahan di hospital selama hampir sebulan membuatkan ibu hampir tewas dengan getir hidup penuh ujian. Allah Maha Pengasih. Alya Farhah terus dipinjamkan buat ibu, ayah, kakak dan semua yang menyayangi. Alya yang kuat, berjuang untuk hidupnya. Ya, anak ibu ini bukan calang-calang insan! InsyaAllah, semoga kejayaan dunia dan akhirat terus mendampingimu sayang...

Anakku Alya Farhah, salam ulangtahun pertama kelahiran, ya habibi!

Kek yang dihadiahkan oleh Mak Long Faridatul Aisyah...very delicious :-)

take 1...


take 2...


take 3...


Now, you are 1 year old, Alya Farhah! ^____^

2 comments:

Fatima Saiful

DAH SETAHUN??????!!!!!!YA Allah, cepatnye mase berlalu kan?anyway,happy birthday k Alya~makin comel...dah kurang bam bam??hehehe...lame nye kite dah tak jumpe??!!!!

Fizah

take, haah dah kurang bam bam ini budak. hehe. kamu dah pindah, kalu tak boleh dtg umah hari tu masa melawat kak sarah...