Acheh sebuah bandar yang damai. Sepanjang naik kereta Ford Everest milik Pak Rizal, jarang sekali kami menghadapi masalah di jalan raya. Di sana, jika kita mahu mengarahkan kenderaan lain contohnya motor di hadapan kita memberikan laluan untuk kita bergerak, hanya perlu hon dan mereka akan ke tepi. Honnya bukan seperti di Kuala Lumpur yang membingitkan telinga tetapi sekadar cara berkomunikasi antara sesama kenderaan. Mereka panggil itu TST - tahu sama tahu. Masing-masing menggunakan jalanraya yang sama, dengan tujuan yang sama, dan sama-sama mempunyai keperluan. Jadi, tidak ada stres di jalan. Kalaupun adapun, amat sedikit sekali yang berlaku.
Hari kedua kami seharian di UNSYIAH yang terletak di Syiah Kuala. Syiah Kuala adalah nama yang diambil sempena nama seorang ulama Nusantara terkemuka di abad XVI, yang terkenal baik di bidang ilmu hukum maupun keagamaan (baca lanjut sejarahnya).
Sesi pertama adalah diskusi dan pembentangan bersama para dosen (pensyarah) di waktu pagi sehingga tengahari. Selesai itu, kami dibawa melawat makmal-makmal sekitar Fakultas Teknik, Jurusan Teknik Elektro sebelum dibawa makan di suatu tempat makan yang menarik di luar uni. Menarik kerana pelanggan yang datang tidak perlu menunggu makanan sampai, kami terus dihidangkan dengan makanan-makanan yang ada, dan akan dikenakan bayaran untuk yang kami makan sahaja. Ada lauk udang, besar udangnya. Ada lauk kari kambing, ada kari ikan, ada ayam goreng, ada daging panggang yang dihiris kecil-kecil, dan yang paling menarik ada jus timun yang sungguh-sungguh menyegarkan. Pertama kali saya merasanya.
Kami solat jamak taqdim di uni dan saya mengambil peluang untuk mengepam susu. Sesi kedua berjalan bersama anak-anak (pelajar) dari tahun akhir Jurusan Teknik Elektro. Dua tiga hari ini, Banda Aceh mengalami krisis bensin dan solar (minyak dan diesel), melangsungkan kehadiran yang hanya sekitar 30-40 orang pelajar sahaja kerana barangkali yang lainnya terkandas di rumah tidak dapat kemana-mana kerana sumber minyak kenderaan tidak dapat diisi.
Saya membentangkan projek saya yang berkaitan Antena Tatasusun Pantulan manakala pensyarah saya membentangkan tentang UKM, Institut Sains Angkasa, projek-projek yang dijalankan secara ringkas dan paling menarik pengalaman beliau menjejakkan kaki ke Antartik. Pengalaman yang cukup-cukup menarik sehinggakan saya rasakan semua yang berada di dalam dewan yang sedang mengantuk atau leka pasti akan menumpukan sepenuh perhatian untuk mendengar cerita yang dikongsikan. Benar-benar memotivasikan sesiapa yang mendengar.
Walaupun badan berasa terlalu lelah, dan mata yang hampir terkatup kerana mengantuk yang bersangatan, tetapi hati mengukir bahagia kerana dapat berkongsi banyak perkara dengan anak-anak ini dan dari pensyarah saya sendiri. Kami pulang ke hotel dan terbaring kepenatan di katil sebelum menunggu waktu makan malam bersama keluarga Pak Rizal kemudiannya.
bersambung lagi...menarik akan datang: Perkongsian cerita dengan seorang mangsa tsunami.
namun kuuu..TAK punya hati..
4 hours ago
3 comments:
waahhh besnyer fiza!! cpt sambung.. next entry!!
kamu ke indonesia yaa??
aku blum penah marasa meninggalkan anak lg..huhuu..janganlaa..
mawar: siappp...! :)
lea: acheh. klu dah 2thn budak2 ok sikit. ni sebab si kecil tu masih bf kans..itupun puas mtk tips kat orang
Post a Comment