bersama supervisor terbaik dan rakan seperjuangan Mawar
fizah - mawar - kak ami- kak sara- radial
Sesi meluahkan rasa: Saya sebenarnya agak kecewa sedikit dengan sistem pemberitahuan ke pintu mana nak dituju bagi pelajar. Sebab saya dah baca lama, kena pergi pintu A dan kad pelawat yang saya dapat pun pintu A. Sekali, dengan situasi penuh kelam kabut, dengan ramainya orang, hari yang panas siap berjubah pula, ditambah kaki saya yang sakit dek kerana bertumit tinggi diarah ke pintu B yang di sebelah sanun. Hoho. Agak mengomel jugak mulut ni. Saya dengan perasaan cuak, call Mawar, call Kak Ami, call Kak Sara. Tak cool langsung saya waktu tu.
Lepas tu kan, hal nak ambil jubah (di hari sebelum-sebelum konvo). Pun tak diberitahu perlu diambil di PPS bangunan baru. Dahle blok baru tu agak jauh juga. Pulak tu, bila saya tanya kakak kaunter di bangunan PPS lama, dia cuma tunjuk ambil jubah sambil menudingkan jari ke belakang iaitu bangunan lain. Saya pun turun naik bukit, sampai penat. Hoho. Akhirnya baru tahu bangunan baru PPS yang warna merah kelabu, itupun setelah telefon tanya Mawar dan Kak S. Masa nak ambil jubah tu pun kelam kabut. Kena pergi sanalah, sinilah. Pusing situ pusing sinin. Adeh. Tak sistematik langsung. Bila dapat jubah, takde saiz S pulak. Patut saya yang comel ni pakai saiz S. Kalau M dah macam gaban. Huhu.
Sehari sebelum konvo, saya dan keluarga serta ummi dah gerak awal. Sebab saya ada Potluck Angkasa. Sebab, banyak hal maka bertolak pun lambat. Suami saya sebelum tu ada kelas kat Bangi dan sampai malam sebelum bertolak. Jadi saya yang kepenatan urus dua budak kecik tu seorang diri, sampai suami balik pun terus saya ketiduran, tak sempat berkemas. Natijahnya, saya sampai ke Potluck dengan lewatnya. Terasa tebal juga pipi ni bila sampai dah habis rupanya. Tak buang masa, saya tinggalkan ciskek dan puding karamel yang sempat saya buat di situ dan terus berlalu, untuk misi seterusnya pula iaitu cari Homestay. Malam tu sempat juga pergi beraya di rumah Le'a dan Take. Dapat jumpa kaklong-to-be Ruhil Imaan dan big bro Muhammad 'Aqil. Yang teringin nak jumpa, Nuha Farhana je tak dapat sebab beliau tidur. :)
Hari saya konvo anak-anak saya dijaga oleh Amar, adik saya. Saya bekalkan susu 5 oz untuk Alya, itupun saya sempat pam di tengah-tengah majlis konvo berlangsung, dengan mengikut jalan keluar di belakang. Kalau lalu depan, mereka tak bagi keluar. Tapi kesudahannya, Alya tidur sampaila saya balik dan yang menghabiskan susu tu tak lain adalah kakaknya, Adni. :) Saya nak pam awal tapi tak sempat dan susu perahan, setahu saya cuma bertahan 4 jam pada suhu bilik.
Oh, lupa nak cerita, sehari sebelum konvo disebabkan kelam kabut packing segala, satu bekas baju anak-anak tertinggal. Maka, jadilah 'shopping terjun' hari tu di Pasaraya MU yang baru bukak di Hentian Kajang. Nasib sempat tanya pada orang Bangi, Le'a kedai jual baju budak mana yang murah. Banyak jugak dapat sambar untuk budak-budak ni.
Sekarang, saya sibuk berpindah pula. Minggu ni dah ada di Bangi tapi bawa diri je. Barang lain semua nanti baru angkut. Kena datang minggu ni juga sebab suami saya ada kelas. Jadilah saya orang nomad buat sementara waktu ni. Minggu depan mungkin masuk lab. Barang nak pindah belum pack satu apapun. Hoho. Sila bertenang...Saya rasa macam menulis ni pun pakai gear 5. Phewww!



4 comments:
wah..lajunye..sy yg bace ni pun rase mcm termengah-mengah..
Tahniah!
heheh...mai laa singgah2 lagi yerk!!nk lepak2 rumah aku ke..jgn segan dan silu...;)
anyway, sgt jeles tgk korang dah grad!!!tergugat aku..huhuh
kak s: jaga kesehatan ibu mengandung k :)
imah: tq! tahniah juga dah jadik seorang ibu yg comel.
take: duk mlk selalu dtg umah ko. bila dah duk bgi rasa cam dekat sgt smp susah pulak nak mai. haha
Post a Comment