Alya Farhah. Semanis namanya. Sering tertawa dan tersenyum. Bikin hati ibu dan ayah cair. Pantang diagah. Melebar senyumnya. Setakat ni, Alhamdulillah Alya baik-baik saja. Sihat dan menyusu badan sepenuhnya. Susu juga setakat ni, walaupun berpuasa, masih mencukupi.
Seperti menyusukan Adni dulu, saya sering sebut-sebut pada si kecil ini. "Walaupun ibu berpuasa, Alhamdulillah susu ibu cukup untuk anak ibu. Semoga Alya sentiasa faham, bahawa Allah Pemberi rezeki ini, maka bersyukurlah. Kerana dengan itu, Allah akan tambah nikmatnya dengan lebih banyak".
Alya sudah boleh meniarap sejak 3 bulan lagi. Sekarang mula nak mengengsot pula. Jangan dibiar atas katil seorang, konfem jatuh. Sebab bila letak atas lantai berlapikkan selimut tebal, dua tiga kali pandang, eh, dah jauh ke lantai sanun. He he. Memang dah nampak 'lasak'nya di situ.
Kalau bab bangun malam, syukur Alhamdulillah jarang sangat terjaga dan meragam. Kecuali merengek nak susu. Tapi, ada juga waktu-waktu Alya yang luar biasa ragamnya. Selalu tak ragam, sekali meragam aduh!, memang 'angkat tangan' ibu jadinya.
Kawan-kawan, Ramadan ni cemana Terawih? Saya buat mana yang termampu. Mesti tak mudah kan, dengan anak kecil, nak bersolat lama. Tapi, hari tu, sebab susah sangat Alya nak tidur, sedangkan saya dan suami dah sedia nak jemaah, saya ambil keputusan dukung je Alya sambil solat. Adni tak kacau kami solat sebab dah sedia sejadah mini untuk dia.
Mula-mula saya ragu nak solat macam tu. Tapi, saya teruskan juga. Sebab, saya yakin memang boleh, dan memang pernah terbaca tentang ni. Cuma, tak pasti betul atau tak caranya. Saya cuma pastikan aurat tak kelihatan, dan pergerakan juga seboleh mungkin dijaga tidak lebih 3 kali bergerak. Lepas tu, saya cari maklumat, terjumpa gambar di bawah ni.
Saya kongsi dengan sesiapa yang ada masalah macam saya ni. InsyaAllah, lepas ni kalau nak jemaah terutamanya berterawih bersama suami lepas ni takde masalah.
Syarat yang perlu dipatuhi (sumber):
1) Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.
2) Kawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu').
3) Dada sentiasa mengadap kiblat.
Tolong gugel kalau kalian nak lebih faham dan bukan sekadar ikut je apa yang saya tulis ni ok. FYI, gambar tu dari sebuah buku 'PELIK TAPI BENAR DALAM SOLAT, ms 48' tapi diharamkan di Malaysia disebabkan seperti berikut (sumber):
Buku yang ditulis mengenai Solat Pelik tu sebenarnya adalah benar. Saya dah bertanya kepada kementerian dalam negeri, isi kandungannya adalah benar tetapi bercampur aduk antara mazhab-mazhab sebab tidak dinyatakan secara terperinci mazhab mana membenarkan pergerakan tertentu dalam solat. Oleh kerana di Malaysia menggunakan mazhab Syafie, maka demi menjaga kemaslahatan umum buku tersebut tidak dibenarkan.
Suami saya lepas berjemaah 8 rakaat Terawih di Surau barulah balik berjemaah dengan saya pula untuk 8 rakaat berikutnya. Sebagai lelaki, adalah lebih baik solat berjemaah di masjid atau surau, tetapi bagi meraikan peluang untuk isteri juga berjemaah, bolehlah solat juga di rumah.
Sekian, sepertiga waktu hampir berlalu bagi merebut Piala Taqwa! Ayuh, kawan-kawan!
::Bacaan dulu-dulu::.

2 comments:
oh tersentuh jiwa ibuku tatkala bace entry mu ini...haruslaa aku ikut care ko kan?tade alasan lagi kini...thx fizah for sharing...1000x like entry nih!!!
waduhh..anak dh 2 itu mcm plak gayanya.. besar dh alya.. kak adni,siap bleh aman damai atas sejadah sdiri..bagus!
Post a Comment