*Ditag oleh take (ibu'aqil) dan dorin (mamauqael).
1) Masa sekolah rendah, kawan-kawan
panggil saya
Farah. Sebab nama sebenar saya sepatutnya Siti Farah Hafizah. Mengikut
ummi cerita,
nurse tertinggal perkataan Farah.
2) Saya kehilangan
ayah semasa umur 8 tahun, ayah sakit buah pinggang. Kami merantau ke Kuala Lumpur lebih kurang setahun kut, temankan ayah kat HBKL. Merasa sekolah kat KL kejap. Akhirnya, Aidilfitri 1992, ayah kembali kepada Allah. Dan kami pulang ke Melaka.
3) Saya jadi pustakawan masa Darjah 5, pengawas masa Darjah 6.
4) Saya paling minat subjek Matematik. Cikgu Matematik yang saya paling suka,
Cikgu Siew.
5) Sejak sekolah rendah, saya dah biasa hidup
organize. Saya suka kemas rumah. Kalau dah mula mengemas, saya cuma berhenti untuk solat dan makan je. Dari luar rumah, dalam laci, belakang almari, bawah katil, semuanya pun saya nak pastikan bersih dan tersusun.
6) Masa sekolah menengah pulak, kawan-kawan panggil
Fizy. Sebab ada kawan yang namanya Fiza jugak. Dia
Fiza Osman, orang panggil Fizo. Saya Fiza Yusop, orang panggil Fizy.
7) Saya budak yang bersekolah asrama tapi saya tak suka duduk asrama. Biasanya saya menangis dalam bilik air setiap kali kena balik asrama.
8) Akhirnya, masa
Form 5, saya dapat izin duduk luar. Punyalah mencabar hidup masa tu. Sebab banyak kelas tambahan malam untuk SPM. So, saya terpaksa kadang-kadang susahkan kawan hantar ke rumah bila dah habis kelas, atau kadang-kadang menumpang tidur rumah kawan. Selalu terfikir, kalau ada motor kan
best!
9) Saya paling minat subjek Math dan AddMaths masa belajar. Cikgu Math kesayangan saya,
Cikgu Zarina, orang kampung saya dan cikgu AddMaths pulak
Miss Ong. Mereka mengajar sangat-sangat
best.
10) Dari sekolah menengah lagi, saya akan berkerja setiap kali cuti sekolah. Saya pernah kerja jual barangan untuk
tourist kat sekitar A Famosa, jaga kedai koperasi kat Watercity Melaka, mengajar tuisyen untuk
adik sepupu kawan dan beberapa siri kerja yang lain.
11) Masa kat Matrikulasi pula, saya mula hidup merantau (merantau la sangat). Matrik di Kolej Mara Seremban. Setelah 5 tahun bersekolah perempuan, saya
culture shock bila sekelas dengan budak lelaki. Awal-awal masuk ada sorang
mamat ni tegur saya kat kafe, tapi saya buat dek je. Dalam hati hanya Allah Maha Tahu, saya cuak yang amat sangat. Malu pun ye. Macam tak pernah jumpa lelaki la lagaknya. Ish ish.
12) Kawan baik saya namanya
Shushiz. Kami
keep in touch sampai sekarang. Saya suka dia, sebab dia baik sangat. Saya kenal kek batik dan tahu buat kek yang sedap marbeles itu daripada beliau.
13)
Pointer pertama saya 4.00 masa matrik. Mula dari tu, semua orang macam tertumpu kat saya, sebab saya sorang je dapat 4flat (untuk kali itulah). Kat bilik guru semua tertanya-tanya siapa budak ni? Rasa macam artis pulak ;P
14) Masa tu, saya paling seronok belajar Fizik. Cikgu Fizik saya,
Cikgu Zainon. Pernah sekali ada satu kuiz, saya jawab dan sebab dah siap, saya conteng kartun kat kertas soalan. Gigi kartun tu gigi-gigi taring semuanya. Saja ja sebab saya memang suka melukis. Sekali masa pulangkan kertas dalam kelas, cikgu bagitau pasal lukisan tu, siap tunjuk kat
student lagi, sambil cakap, "...saya ingatkan budak lelaki punya kertas, brutalnya...", sambil tersenyum-senyum. Sejak tu, kawan-kawan panggil saya
Fiza Brutal.
15) Saya dah pandai bawak kereta masa Matrik. Masa dah habis Matrik, saya
drive sendiri balik rumah. Tapi
family ada sama la.
16) Habis Matrik, saya ke UKM dengan pilihan pertama
Communication & Computer Engineering.
17) Tahun 1 duduk Kolej Dato' Onn. Lepas tu saya duduk luar sampai habis belajar. Saya menyewa dengan mereka yang tidak dikenali kat Seksyen 15, nombor rumah 7-1B. Walaupun tak kenal, akhirnya kami semua jadi kawan baik. Saya sayang diorang semua, sebab diorang
best sangat,
happening dan
baik hati. Tiga daripada mereka tu dah jadi pemblog yang tegar iaitu
Le'a, Lynd dan
Kam.
18) Masa belajar, saya ahli Persatuan Fakulti. Saya kenal
suami saya di situ. Banyak program yang dianjurkan, kami terlibat sama. Masa tu, takde cintan cintun pun.
Cuma suami saya selalu datang jumpa kat rumah mintak notalah, mintak contoh soalan tahun lepaslah. Bila dah kahwin, dia kata orang hint pun tak faham. Adeh. ;))
19) Saya suka kelas Matematik
En Firdaus dan
Dr Azami masa Tahun 1 & 2 tapi paling suka bila dah Tahun 3 dan 4 sebab subjek-subjek dah banyak tertumpu pada bidang
comm. and comp. Saya suka kelas
En. Kamarulzaman,
Prof. Kasmiran, En. Ashrani, Dr. Nowshad Amin (paling suka kelas ni, beliau ajar
basic hardware comp. 8086 sebegitu), dan beberapa lagilah lainnya.
20) Saya agak rajin gi
library masa dah tahun akhir untuk
study group. Geng
study namanya
Faiezah dan Ayu. Kadang-kadang ada
Dorin join. Hihi, Dorin ingat tak? Kadang-kadang saya tidur bilik diorang untuk
study dan buat
assignment ataupun projek. Dah tahun akhir, saya senang nak kemana-mana sebab dah bawak kereta sendiri. Itulah kereta Kancilku yang sangat berjasa dan banyak memberi kenangan terindah.
21) Habis
Degree,
Dr Bahiah offer saya buat Master. Dr B
supervisor tesis saya, yang sepatutnya diselia oleh
Allahyarham Dr. Zainol. Tapi semasa tahun akhir tu, Allahyarham kembali ke Rahmatullah asbab jatuh masa nak bersihkan tangki air rumah beliau.
22) Sebelum daftar Master, saya sempat berkerja sebagai
Research Assistant Dr B. Geng buat Master saya, namanya
Mawarni Yang Best. Masa nilah (Jun 2007), suami saya
contact saya guna
ym (mintak
address ym daripada Mawar). Sejak tu, kami agak serius sebelum bertunang pada Aidilfitri tahun tu. Nikah pulak pulak bulan 12 tahun yang sama.
23) Awal perkahwinan, kami duduk Bukit Mahkota selama lebih kurang 6 bulan. Masa tu suami kerja
offshore, perlu duduk laut 2-3 bulan tanpa komunikasi kecuali
e-mail kapal dan orang lain pun dapat tengok
sender adalah saya. Masa ni, ya Allah mencabarnya hidup baru berumahtangga dah perlu berjauhan tanpa boleh
call. Saya sampai demam-demam rindu. Uhuk.
24) Akhirnya, saya tekad isikan borang TNB masa suami kat Indonesia. Saya bincang dengan suami, dan dia pun setuju sangat-sangat. Alhamdulillah lepas
interview kena
transfer ke Kluang, Johor.
25) Masa pindah Kluang, saya baru tahu saya
pregnant. Tak tahulah sebab penat berpindah ke apa, mungkin juga takde rezeki, kandungan kali itu keguguran. Sebulan lepas tu, saya mengandung lagi, iaitu kini telah lahir sebagai
Adni Zahirah yang bererti syurga kebijaksanaan. Seorang bayi yang sangat indah dan cantik. Anugerah terbaik di sepanjang perjalanan sebuah kehidupan. Kini, setelah Adni menginjak 1 tahun, saya disahkan mengandung lagi. Kandungan penuh rahmat, kedua-duanya saya ketahui dan alami pada bulan Ramadhan. InshaAllah tiada aral melintang, bulan 3 tahun 2011 saya bersalin.
Oklah kawan-kawan. Inilah fakta-fakta boring diriku. Nama pun fakta kan. :P
Saya nak tag:
Ibu Imaan aka Le'a
Mama Kaseh aka Lynd
Kam aka Anna Da Lady
Ibu Najla aka Mawar
Mama Ashraf aka Kak Sara desu
Kak Ami desu (walaupun beliau kata dah tak tulis belog lagih)
Mama Sara & Khayra aka Kak Umie
Mama Rayyan aka Jue
Iemah aka Fatimah Afrika (hihi)
Diyana Ukhti, yang berkerja di Sabah itu, lama tak
update belog sejak kahwin ni :)
Mama Eshal aka Eenasuzira (sukati tag beliau, entah dia tak tahu pun ku ada belog hihi)
Kak Aida kembar Kak Aini (sukati tag beliau juga)
Wan Zulaikha aka
juniorku
Kak Robihah (dah lama giler beliau tak
update belog, kutla terbaca kan)
En_me (dah tukar nama belog tapi kutla beliau terbaca, bukan hidupku sudah susah hendak menyusahkan en_me pula ya, saja nak tahu-tahu fakta)
Adikku Violet Ziphora aka Amar