
Bahan inti:
1 biji kentang didadukan
1 ketul ayam dipotong kecil-kecil
3 sudu makan serbuk kari
1 sudu kecil cili giling
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1 biji bawang besar dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
Bahan lain:
6 helai kulit popia (setiap satu dikerat 3)
sedikit putih telur untuk menggam lebihan lipatan kulit popia
minyak untuk menggoreng
Cara:
1) Tumiskan bahan kisar
2) Gaulkan ayam dan kentang dengan serbuk kari dan cili giling
3) Masukkan ayam dan kentang itu ke dalam kuali tadi
4) Masakkan hingga kentang dan ayam empuk
5) Biarkan sejuk (Tips: bagi mengelakkan kulit popia menggelembung jika diisi panas)
6) Selepas sejuk, isikan dalam kulit popia yang sudah dibentuk segitiga. Gam hujung berlebihan dengan putih telur
7) Goreng dan sedia untuk dimakan (*ini hidangan untuk 2 orang iaitu dapat dalam 18 biji samosa).
Nyum2...sedap tul. Siap leh wat frozen untuk sahur pada pagi Isnin. Selamat mencuba!
Rosak lirik
14 hours ago
6 comments:
wah2 teror nya masak samosa. kalo kat sini beli je. bnyk yg frozen..eheee. tapi kulit popia bnyk lg dlm esbok..kena try ni
tak terer pung zeti...amatur je..ehhe..cubala zeti..buat sndiri leh letak inti byk2...mmg kenyang makan sebiji..=D boleh bg hubby n aisha rasa...
hehe, belajar satu perkataan baru: menggelintar. bahasa negeri mana tu kak fizah? lapar pulak tengok samosa kak fizah :P
gelintar tu sbnrnya dlm nasyid ape tu ek...yg mestica nyanyi tu..tu yg akk tau tu..menggeleintar, maknanya search...:)
pasni, lehlah ika wat samosa ni...jimat dan kenyang :D
salam..tercari2 resipi samaosa..terjumper dlm blog nie..izinkan saya copy yer..
salam..silakan illa :)
Post a Comment