Tuesday, May 13, 2008

Tazkirah Hati


Sabda Baginda SAW, bahawa dalam tubuh manusia ini ada seketul daging. Di mana jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah pula keseluruhannya. Dan daging itu adalah hati.




Lewat bacaan saya suatu waktu pada sebuah buku tulisan Dr Bahyah, bahawa hati ini ada 3 jenis. Qalbun shahih, qalbun mayyit dan qalbun maridh.

Qalbun shahih itu hati yang suci di mana orang yang memilikinya sangat takut untuk melakukan dosa kepada Allah.

Qalbun mayyit pula, hati yang telah mati di mana ia tidak merasa apa-apa jika melakukan dosa terutamanya dosa-dosa besar contohnya berzina.

Qalbun maridh itu pula hati yang sakit, di mana ia masih berasa bersalah jika melakukan dosa tetapi masih tetap ingin melakukannya di atas pelbagai faktor, contohnya tidak dapat mengawal nafsu.


Untuk menjaga hati, yang paling perlu ditekankan ialah penjagaan punca-punca yang menyebabkan hati itu sakit ataupun mati. Antara faktor paling utama yang disebutkan adalah penjagaan mata, lidah dan juga perut.

Mata : Janganlah melihat melilau-lilau, memandang sesuatu dengan sangat tajam, memandang yang bukan muhrim lelaki atau perempuan. Apatah lagi memandang yang haram. Malah bagi golongan yang sudah berkahwin juga tidak digalakkan memandang kemaluan pasangan masing-masing.

Lidah : Jangan mengumpat, mengata, memburukkan orang lain.

Perut : Janganlah makan terlalu banyak hingga terlalu kenyang. Bersederhanalah!

Jika hati sudah mati, tidak bermaknalah hidup seseorang itu lagi. Maka, ambillah langkah-langkah untuk menghidupkan hati. Yang paling disarankan adalah bertaubat dengan taubat nasuha.

D
an jika hati itu sakit pula, rawatlah ia sebelum ia menemui ajalnya sebelum tiba waktunya. Ada dua tips penting bagi merawat hati iaitu sentiasalah tersenyum dan berbaik sangkalah terhadap orang lain.

Salam sayang.

3 comments:

en_me

me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. thanks

fizah

saya takdpt buka blog yginsaf me, tp yg ada di wordpress tu mmg simple tp penuh dgn maklumat...teruskanlah menulis.. =)

saya akan linkkan ke sini ye, mohon izin..=)

fizah

saya pun sedang melatih diri utk buat yg terbaik dlm hidup ni en_me..=)

insaf dan bertaubat slps melakukan kesalahan memaknakan lagi nilai sebuah iman...=)