Thursday, May 29, 2008

Nikmat Sihat


Saya dan suami membawa ummi ke PPUM semalam untuk cek mata. Alhamdulillah ada harapan untuk ummi buat operation. Selalu ummi mengadu susah bergerak ke mana-mana sebab tak nampak. Aduhai kasihan ibuku. Teringat ummi, teringat ayah, teringat kisah Pak Rampa…teringat do’a untuk ibubapaku.

Robbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayaani soghiro.

Semoga urusan ummi dipermudahkan Allah.

Bila di hospital, saya teringat bahawa apalah erti hidup ini jika Allah tidak anugerahkan kesihatan. Nikmat kesihatan itu tak terasa melainkan orang itu telah merasa peritnya sakit. Nikmat yang dikatakan nikmat jarang benar dihargai melainkan setelah diajar diri itu dengan jerih payah penderitaan. Kemudian itulah, nikmat itu baru difahami nilainya.

Kan Allah dah sebut berkali-kali bahawa selepas kesusahan itu PASTI ada kesenangan. Yang berjanji itu pula kan Allah. Adalah perkara mustahil fakta itu menipu. Kan itu Aqidah. Selepas bersusah payah direncamkan dengan pelbagai peraturan Dunia, akan tiba pula ketika bahagia di Kampung Akhirat yang diceritakan di dalam Al-Quran, dipenuhi pelbagai nikmat yang tak dapat digambarkan manusia.

Buku PASAK yang telahpun saya miliki. Adalah sebuah buku yang wajar dimiliki.

Bila bercakap tentang sains dan Al-Quran, saya pasti nak kaitkannya dengan pengalaman pernah mendengar ceramah Dr Arip Kasmo semasa belajar dulu. Antara yang saya kagumkan adalah bidang Anatomi yang didetailkan oleh Allah dalam satu potong ayat. (Al-Qiyamah ayat 3 dan 4)

Maksudnya: “Adakah manusia menyangka Kami tidak akan mengumpulkan tulang-tulang mereka. Bahkan bukan itu sahaja, malah kami mampu menyamakan hujung-hujung jari mereka.”

Perkataan banan bermaksud hujung jari.

Al-Quran itu faktanya, diturunkan 1400 tahun dahulu. Sedangkan manusia ketika itu, diketahui umum, tidak mempunyai kelengkapan apapun untuk menerokai tentang ilmu sains ini. Kanta pembesar pun belum ada ketika itu. Bayangkanlah, 1400 tahun.

Menurut sains yang diterokai oleh manusia, hujung jari manusia adalah berbeza setiap orang walaupun kembar seiras. Anak kembar seiras sama pada kebanyakan sudut diri mereka, termasuklah DNA. Tetapi, hujung jari mereka tetap tidak sama.

Inilah antara bukti bahawa Allah itu Maha Tahu. Kerana Dialah Pencipta sekalian alam ini. Telah diberitakan di dalam Al-Quran itu berita yang manusia belum mampu memahami keseluruhannya melainkan dengan seizinNya. Kerana Al-Quran itu diturunkan untuk menjadi Petunjuk kepada manusia.

Dan untuk ibuku, semoga segala urusan dipermudahkan.

Robbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro.

7 comments:

theCekgu

Fiza buku ni terbitan UKM ker? aku penah cari satu buku dulu, kat kedai penerbit UKM kat canselori tu tapi aku lupa tajuknya masa nak beli tu so aku tak jumpa la. Ko tau tak buku tu, tulisan pensyarah UKM, penah masuk dalam utusan (sinopsis jer) pasal Islam ngan sains gak, tapi aku tak sure sgt, dia mcm cerita pasal kaitan ibadah Islam dengan sains kot, mcm smayang camtu ah. kalo ko penah tau ckp kat aku ek...

fizah

buku ni terbitan ukm, sbb dr arip tu mmg pensyarah ukm..buku ni dan modul pasak adalah hasil kajian phd dia dulu..dia jual buku ni masa ceramah je dan masa modul pasak..murah je, RM10..

tp buku ni takde ckp ttg kaitan ibadah solat dgn sains..kandungan buku ni lebih kpd penemuan sains yg dikaji dan hasilnya didapati selari dgn kandungan al-Quran..

kalu ttg buku kaitan solat dan sains tu tak sure laks, tp kalu dpt igt bbrp patah perkataan tajuk dia, leh try search kat google, mana tau penulis dia ada buat blog..so leh tgk ttg buku tu..=)

tp jika terjumpa buku tu, akan daku informkan k..=)

fizah

http://www.danialzainalabidin.com/

cer tgk link ni patem...rasa mcm bukan buku ukm tp mgkn leh membantu...

dr danial antara pendakwah profesional yg mengaitkan sains dan islam, al-Quran khususnya..

fizah

RALAT: Penerbit Buku Pasak ialah Penerbitan Awan Biru, Pusat Perniagaan Senawang.

Ilriady Al-Kalantani

salam alaiki kembali

konsep takaful sebenarnya adalah aplikasi dari sepotong ayat al-quran (al-baqarah kalau tak silap ana) yang menuntut setiap orang islam (lelaki mostly) untuk bersiap menghadapi kesusahan sekurang2nya bekal selama setahun, bagi suami. konsep ini telah lama ditiru oleh issurans.

takaful ni awak boleh menyimpan, melabur dan di lindungi oleh takaful untuk beberapa item yg dipersetujui seperti di dalam polisi. misalnya hopsital benefit sebanyak rm100 sehari dsb. ini kena tengok polisi dan polisi ini ikut kemahuan dan ketetapan pelanggan / awak.

kalau berminat dan mencarum leh la kontek saya. lagi awal mencarum lagi bagus kerana coverage dia akan menurun siring pertambahan umur.

takaful ada bnyak produk misalnya takaful hayat, takaful pendidikan.

kontek ana di 013-2537238

fizah

tkasih yadi, sy mmg nak tau lanjut ttg benda ni tp nti kena bincang dgn suami dulu..mgkn kalu ada apa2 website utk sy baca ttg takaful ni dgn lbh lanjut lehla disertakan, leh sy baca...

tkasih byk ya =)

Ilriady Al-Kalantani

url yg sepatutnya dilawati untuk nak tahu detail takaful ikhlas ni leh terus ke site dia di www.takaful-ikhlas.com.my

ana ada juga buat blog tapi sangt baru dan masih belum ada apa2 entri yg membantu ie takafulkita.blogspot.com