Friday, December 14, 2007

Panduan


Yang menarik mengenai sesuatu blog pada saya bukan lambakan ilmiah semata tapi ada personal touch dari penulis.


Quote di atas bukan untuk saya tapi untuk ukhti Diyana. Beliau antara blogger yang saya kagumi kerana perkara yang alFaisal sebutkan. Saya sendiri akui sukar meletakkan personal touch pada setiap tulisan. Kadangkala mengambil masa terlalu lama untuk sekadar memilih perkataan yang ingin digunakan. Takut tidak bersesuaian dengan pemahaman pembaca.

Tapi Diyana memang saya tabik. Saya pun sering tersentuh dengan tulisan-tulisan beliau.


Baiklah, yang ingin saya kongsikan sebenarnya adalah 10 Muwasafat Tarbiyah seperti di atas. Untuk isian jiwa, bagus dijadikan panduan 10 perkara ini:

  1. Aqidah yang sejahtera
  2. Sihat tubuh badan
  3. Ibadah yang shahih
  4. Akhlak yang mantap
  5. Luas pengetahuan
  6. Mampu berdikari
  7. Melawan nafsu
  8. Sangat menjaga masa
  9. Tersusun urusannya
  10. Bermanfaat kepada orang lain

Saya sendiri sedang bergelut untuk memantapkan kesepuluh-sepuluh perkara di atas. Teman-teman doakan ye.


Friday, December 7, 2007

Debar Pengantin Baru


Dah dua hari hujan tak berhenti. Sayu je. Lagak kesedihan saja. Ni baru okey sikit. Bila hujan-hujan begini, hati saya sering rasa lain. Sepertinya dosa yang pelbagai sedang dicuci. Dicuci dengan bersih air hujan. Waktu-waktu begini memang sesuai untuk muhasabah diri. Duduk satu tempat, tanpa orang, tiada bunyi...Hanya rintik-rintik hujan. Lain betul.

Pagi tadi saya lewat lagi masuk ofis. Ada hari-hari dalam sebulan saya akan jadi begini. Tak tentu hala. Semuanya serba tak kena. Tidur pun nak lebih dari biasa. Makan pun nak lebih dari biasa. Rehat pun nak lebih dari biasa. Macam-macam.

Lagi beberapa hari saya akan bergelar isteri. Pelik jugak, belum rasa apa-apa. Mungkin sibuk menguruskan semua hal, tak sempat nak rasa apa-apa. Nanti-nanti kut baru rasa. Rasa debor. Huu..

Tapi dalam hati, saya berdoa akan menjadi isteri yang taat dan menyenangkan hati suami. Ada sorang senior saya dah kahwin, dia bagi tips. Kena pandai jaga suami =)

Thursday, December 6, 2007

Erti Sibuk


Setelah begitu lama, baru boleh buat links.

Saya malas nak bercerita tentang betapa sibuknya saya (*yela tu). Sebabnya saya ada baca satu tulisan. Orang yang mengatakan diri dia sibuk sebenarnya adalah orang yang tidak tahu menguruskan masa. Alahai. Saya asyik kata saya bizi (mohon izin), rupa-rupanya tak reti manage masa. Alahai.