Salam Aidilfitri

Selamat kembali ke fitrah. Selamat berjaya buat teman sekalian. Salam Aidilfitri, minal aidil wal faizin. Mohon maaf zahir batin dari kami sekeluarga kepada sekalian taulan. Andai ada bahasa yang mengocak rasa, andai ada bicara yang mengundang murka, andai ada laku yang menyakitkan mata. Maaf jua yang kami pohonkan. Sebesar-besar maaf kami pohonkan. Semoga hendaknya keluar kita dari Madrasah Ramadhan ini sebagai orang-orang yang kembali yang berjaya.

Scrapbook at WiddlyTinks.com

Kad ucapan maya yang ditujukan khas untuk sekalian rakan taulan, yang ada blog yang takde blog, yang dah berkeluarga yang bakal berkeluarga, yang kawan rapat boleh tepuk tampar, yang malu-malu kuching tersegan-segan tersipu-sipu, yang selalu jumpa, yang jarang jumpa, yang tak pernah jumpa, di mana jua berada...kita semua kawan kan. :))

p/s Tahniah kepada abang iparku, Adui yang dah dapat baby. Nama glemer Badrisya Syahira. Juga kepada Paee dan isterinya. Haa...kawan-kawan semua raya mana tahun inih? Raya elok-elok naa~

Menyingkap Tirai Al-Qadr...

...di sepuluh malam terakhir.

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.

2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.

5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

(Al-Qadr: 1-5)
Semoga kita dipertemukan dengan Ketidakpastian Yang Disengajakan itu. Amin Ya Rabbal Alamin.

Aksi Adni Menjejak 4 bulan


Balut punyala cun...


*

*

*

*

*




Sekali ibu ke dapur pung pang pung pang, dia jadi macam ini daa...Hehehe.

Yang Mana Nampak Paling Sedap??

Untuk menu berbuka puasa hari tu, kami masak ayam panggang best punya, resipi cilok dari Chef Hanieliza . Sebelum tu pernah jugak buat sekali, sebelum Ramadhan tiba dan jamu kawan hubby dan wife dia.

Kalau nak buat resipi ni, bolehlah ditambah dengan sup daging/ cendawan atau apa-apa sebagai kuah tambahan. Macam hari tu, saya buat sampingan coleslaw dan sup daging. Macam ala-ala makanan western fulak. Tapi makan dengan nasi la.

Ni gambarnya yang sempat disnap sebelum di'serang'.



Ops! Minta maaf ya. Bulan-bulan puasa macam ni.

Kalau ada rezeki, pilihan hatiku:


atau...



Contest dianjurkan oleh miszmama dan hadiah ditaja oleh busana-lovelyshop2u dan little-gugugaga.

Sistem 100% pilihan penganjur.

** Tips memilih tudung:
Tidak jarang.
Labuh menutup dada.
Warna yang tidak terlalu menarik perhatian.
Berpakejkan pakaian yang menutup aurat seluruhnya.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (An Nuur: 31)

Ramadhan, Syawal & anak-anak


Berminat memiliki Heat Pack? Ia boleh dijadikan tungku bagi yang baru bersalin dan boleh juga dijadikan pemanas waktu sejuk, lenguh-lenguh, sakit sendi, dan banyak lagi lah kegunaannya. Basically Heat theraphy akan jadi panas dalam satu masa yang lama. Kalau berminat memilikinya bolehlah join contest yang dianjurkan oleh Kak Yong / Catatan Ibu dan Ummu Abdullah / Anakku Sayang. Untuk keterangan lanjut Klik sini atau sini. (Aik, dah macam iklan fulak, kan! heheh)



Jika berminat dengan CD juga boleh mencuba nasib dalam contest ini.



Tugasan yang perlu dibuat adalah buat karangan tentang “Ramadhan, Syawal & anak-anak”, satu artikel menjurus kepada kisah ibu & anak-anak di bulan Ramadhan & Syawal & kongsi tips untuk anak-anak mengenali/ memahami/ menghayati Ramadhan & Syawal dari usia seawal bayi.

Sebenarnya, ini kali pertama saya menyambut Ramadhan bersama anak. Jadi, tiadalah banyak pengalaman yang boleh dikongsi. Sekadar bercerita suka-suka, ok. Alkisahnya, anakku Adni setakat ini kususukan sepenuhnya dengan niat ingin berpuasa penuh selagi mampu. Ramadhan ini, usia Adni sekitar 3 bulan lebih. Sebelum ni, saya pernah terbaca ada ibu yang risaukan anak tak cukup susu, lalu berbuka. Hal ini menurut hukum, perlu bayar fidyah dan diganti puasa itu. Tetapi Alhamdulillah, bagi saya yang serba kekurangan ini, sangat bersyukur kerana kekuatan untuk menyusukan itu ada. Secara tak langsung, saya bercakap-cakap dengan si kecil, agar dia faham saya sedang berpuasa dan nikmat susu yang dinikmatinya adalah rezeki dari Allah jua. Pakej hadirnya Ramadhan adalah dengan taqwa. Maka secara tak langsung juga, saya serapkan nilai itu kepada anak dengan eratnya dakapan dia dalam pelukan cinta. Tiap kali ingin solat pula, saya biarkan dia jika menangis, agar dia tahu bahawa menghadap Allah itu lebih penting bagi saya. Dia juga saya dakap ketika mulut membaca kalam Allah, Al-Quran dan saya sebut-sebut bahawa ini satu bulan yang istimewa. Pahala 1 huruf dibaca dari Kitab Al-Quran berganda-ganda. Melainkan mendatangkan mudarat, dia saya ambil dan dodoikan. Saya bisikkan bahawa tiap malam ayahnya ke masjid untuk bertarawih. Tinggal kita berdua, nanti Adni dah besar sikit, ibu bawak sekali, ok. :) Itu kisah Ramadhan semasa telah bergelar ibu. Masa anak-anak dara dulu (ayat tak hingat ;p), berpuasa dengan keluarga dan rakan-rakan, pastilah lain pula suasananya. Yang paling saya suka bila Ramadhan ni adalah kerana dalam imaginasi saya pahala turun mencurah-curah seperti salji. Dan, orang ramai berebut-rebut mengejar dan mengumpul segala kebaikan-kebaikan itu. Rugilah siapa tak merasakan hangatnya kasih sayang Allah kepada kita, terutama dalam bulan penuh keberkatan ini. Saya selalu berdoa, hati penuh berharap agar selepas sekolah ini tamat, bekalan saya cukup hingga bertemu sekolah ini lagi tahun depan, dengan izin-Nya! Tentang Syawal pula...eh, Syawal tahun lepas Adni dalam perut lah. Heheh. Sekian karangan entah-apa-apa dari saya.

Terima kasih daun keladi Kak Yong dan Ummu Abdullah kerana menganjurkan contest berguna seperti ini. Sambil menulis, saya muhasabah diri, dan secara tak langsung terfikir, bahawa mendidik anak tentang Ramadhan memang bermula seawal bayi lagi.

HAPPY FAMILY CONTEST

Kuterjah blog iedaLUVsham pula. Memang dah lama nampak contest ni, tapi kerana blogkku dah penuh dengan contest, malaslah pula nak join, tapi tiba-tiba terasa nak update blog. So boleh join jugak lah ni, kan. Jangan marah, haa. Hehe. Kalau kawan-kawan gatai nak join, bolehlah klik happy-family-contest. Happy becoming birthday buat ieda pada 14 September akan datang. Sanah helwah!

Sebenarnya, cakap tentang happy family ni, ianya suatu perkara yang subjektif. Tak ada kayu ukur bagi menilai kebahagiaan sesebuah institusi keluarga atau seseorang insan. Tetapi, semua orang sentiasa mahukan kebahagiaan. Dan, orang yang beriman dan beramal soleh, Allah anugerahkan kebahagiaan ke dalam hati mereka dan tempat kembali yang baik:

"Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik." (Ar-Ra'd:29)
Semoga Allah beri peluang kita menikmati kebahagiaan yang abadi. Ameen!

Memenuhi syarat contest, kena upload satu gambar. Ikut nasihat Take, edit sket gambar. ;p


Adni tu kan, kalau ambil gambar susah betul nak senyum. Mungkin sebab masa mangandung dia, ku banyak nangis. Bukan sebab apa, tak tahan morning sickness teruk sangat. Tapi, bila fikir-fikir balik, syukur kepada Allah di atas segala kurniaan-Nya.

Orang-orang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) tanda (mukjizat) dari Tuhannya?" Katakanlah: "Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan menunjuki orang-orang yang bertaubat kepada-Nya",

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Ar-Ra'd: 27-28)


Dah Ramadhan yang ke-sepuluh. Memasuki fasa kedua pula. Macamana so far ni, kawan-kawan? So far so good? Tanya kat diri saya sendiri: Dah banyak baca Al-Quran? Ada bangun solat malam? Berapa kali lompong terawih? Adeh...adeh...masih banyak kekurangan.

" BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess"

Kali ini, saya join contest " BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess" ni pulak. Dianjurkan oleh Mea Myra. Hadiah-hadiah adalah seperti berikut.

Best kan hadiah-hadiahnya! *Saya bukan nak kejar hadiah semata tau (ececeh) tapi sebenarnya saya suka memeriahkan contest-contest yang berlambak sekarang nih. Rasa cam best je. Lagipun boleh update blog secara tak langsung kan.

Ku mempertaruhkan gambar ini untuk "satu picture baby bersama mommy atau daddy". Gambar terbaru, di hari pertama Ramadhan 1430H, ketika ini berkunjung ke rumah baru kakakku. Rumah yang sangat best, dengan view yang tenang lagi mendamaikan.



Di bawah ini pula satu picture baby. Yang ini pulak gambar Adni diambil pada 13 Ogos lalu. Masa tu Adni berumur 3 bulan 3 hari. Masih ala-ala botak sebab rambut dah dimesin atuknya. ;) Dan, Adni dah pandai meniarap, ok. :D *comel ke anakku ini, ekeke...;p


Nama Baby: Adni Zahirah
Umur Baby Sekarang: 3 bulan 16 hari
*
*
*
*
*
*
*
Yeyeh, tadi dah gi sunatkan Adni. Takut sebenarnya nak tengok, tapi tabahkan hati ja. Nasib baik anak ibu ni cool dan kuat, seperti biasa dia nangis sikit je. Fuh! Tapi, 4-5 hari lepas asyik meragam ja. Taktau pasal apa. Ni dah kurang sikit dah.

Bersempena Ramadhan yang mulia ini:

Nabi SAW menyebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yukh farulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.

Mari mengejar rahmat Allah pada bahagian pertama Ramadhan ini, InshaAllah!